Gara-Gara Terlalu ‘Comel’, InsIden Scan Suhu Dilalui Gadis Ini Memang Rare

Sejak C0vid-19 mel4nda di serata dunia, Malaysia juga turut tidak terkecuali. Setakat ini rakyat Malaysia disarankan untuk mengikut SOP yang disediakan kerajaan ketika keluar rumah. Belajar untuk hidup dalam normal baharu dengan beberapa peraturan seperti memakai topeng hidung dan mulut, menggunakan sanitizer atau kerap membasuh tangan, scan suhu sebelum memasuki premis dan lain-lain lagi.

Nampaknya orang ramai sudah terbiasa dengan pelbagai SOP ini dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Malah di setiap premis dapat dilihat setiap satunya menyediakan termometer untuk cek suhu pelanggan mereka. Ada yang sediakan termometer ‘tembak’ serta ada juga yang menyediakan mesin cek suhu lebih canggih yang mana pelanggan hanya perlu berdiri di depan skrin untuk mengesan suhu mereka.

Namun begitu bagi sesetengah individu yang ketinggiannya tidak mencukupi, ia menjadi kekangan untuk menggunakan mesin scan suhu moden ini. Sama seperti yang dilalui gadis ini sehinggakan perlu naik di atas kotak bakul supaya dapat menggunakan mesin suhu tersebut.

Perkongsian oleh gadis ini sendiri di Twitter telah meraih perhatian ramai dengan lebih 10 ribu retweets serta 20 ribu likes. Malah di ruangan komen, rupanya ramai juga yang senasib dengan gadis ini.

Selain itu, rata-rata warganet terhibur melihat situasi ini dan meninggalkan reaksi mereka itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Gara-Gara Terlalu ‘Comel’, InsIden Scan Suhu Dilalui Gadis Ini Memang Rare"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*