Kreatif. Pelukis Kaligrafi Lakar Wajah2 ‘Viral’ PKP Hanya Dengan Guna Barang Dapur

Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat pelbagai usaha rakyat Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin kita yang sama-sama berjuang dalam melawan C0vid-19.

Selain daripada itu, ada juga yang berbakat dengan melakar wajah-wajah insan viral yang ‘meledak’ semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) tempoh hari.

Hasil karya kreatif

Menerusi satu muat naik seorang pelikus kaligrafi dikenali sebagai Shah Tumin, dia telah melakukan lakaran wajah-wajah ‘viral’ dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur seperti kicap, serbuk kari dan pelbagai lagi.

Antara wajah yang dilakar adalah YouTuber masakan terkenal Sugu Pavithra, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Paling viral semasa PKP

Ketiga-tiga wajah tersebut dilukis menggunakan bahan masakan yang sering kita guna di dapur. Dalam setiap penghasilan yang dilakukan oleh Shah Tumin, dia akan memuat naik proses tersebut di dalam saluran YouTubenya.

Hanya guna kicap lakar wajah PM

Lukis wajah Dr Noor Hisham guna sos cili

Hasil seninya itu telah menjadi perhatian warganet sejak beberapa hari lepas kerana terlihat kreatif serta menggambarkan lanskap sebenar Malaysia semasa PKP tempoh hari.

Semoga hasil kreatif Shah Tumin ini menjadi inspirasi semua lapis masyarakat dalam terus berkarya dan menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Shah Tumin

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kreatif. Pelukis Kaligrafi Lakar Wajah2 ‘Viral’ PKP Hanya Dengan Guna Barang Dapur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*