Video Aafiyah Tarik Tangan Dan Teruja Lihat Neelofa Bikin Tokti Terkedu

Siti Aafiyah merupakan si cilik popular yang tidak jemu peminat Datuk Siti Nurhaliza mengikuti perkembangannya dari kecil sehingga kini yang sudah pandai serba serbi.

Sering sahaja gelagat Siti Aafiyah mencuit hati warganet apabila Datuk Siti Nurhaliza atau turut sinonim dengan panggilan Tokti juga sporting untuk berkongsikan momen lucu bersama puteri sulungnya itu kepada peminat.

 

View this post on Instagram

 

❤️

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Terbaru, menerusi Instagram, Tokti ada memuat naik video tentang telatah comel Siti Aafiyah yang dalam masa yang sekejap sahaja meraih lebih 860,000 tontonan.

Bukan sahaja Siti Aafiyah malah kehadiran selebriti terkenal Neelofa berjumpa dengan puteri penyanyi nombor satu negara itu meraih perhatian ramai. Apatah lagi, Aafiyah juga sangat teruja melihat Neelofa sehingga menarik tangan Neelofa dan mengajak duduk serta berborak.

“Hari ini dalam sejarah Aafiyah excited jumpa Aunty Neelofa & tarik tangan ajak duduk sama sama borak… ibu terkedu jap,” ujar Tokti menerusi perkongsian bersama satu rakaman video.

Selain ditonton ribuan kali, perkongsian Tokti di Instagram meraih ribuan tanda suka daripada warganet yang mengikuti perkembangannya dan dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Neelofa turut dipuji.

Ini kerana, ramai akui sikap baik Neelofa sekali gus membuatkan budak-budak juga suka selain gelagat Aafiyah yang peramah terhadap tetamu turut menarik perhatian peminat dan pengikut.

“Neelofa tu orang yg baik…”

“Wah Aafiyah excited…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram ctdk

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Video Aafiyah Tarik Tangan Dan Teruja Lihat Neelofa Bikin Tokti Terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*