“Biarlah dia…” – Uqasha Senrose Kongsi Foto, Warganet ‘Sekolahkan’ Pasal Edit

Pelakon jelita, Uqasha Senrose antara selebriti yang cukup popular dalam industri hiburan tanah air malah menerusi laman sosial Instagram miliknya juga sering menjadi perhatian peminat dimana dia aktif berkongsikan perkembangan kerjaya.

Seperti biasa, platform berkenaan menjadi pilihan selebriti mahupun warganet untuk berkomunikasi dan Uqasha Senrose juga tidak terkecuali untuk mesra bersama peminat dengan berbalas komen atau memuat naik foto-foto selain kerjaya.

Baru-baru ini, warganet terhibur apabila Uqasha Senrose sporting memberitahu tentang foto yang diedit menjadi lain macam.

“Sampai tersalah edit sampai bengkok lilin…”

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram peribadinya ternyata perkara berkenaan masih tidak reda lagi meskipun Uqasha Senrose memuat naik foto terbaru bersama pelakon Kamal Adli.

Kelihatan, pelakon jelita ini bakal bergandingan lagi bersama Kamal Adli dan peminat drama Setelah Terlafaznya Akad ternyata cukup teruja selepas keserasian kedua-dua pelakon ini membawa watak Nawal dan Hanan sangat menjadi.

Malah, kedua-duanya juga pernah digosipkan bercinta sehingga perkongsian foto ini turut mendapat ribuan tanda suka.


Menerusi ruangan komen, ternyata tentang edit foto membuatkan peminatnya membidas dengan komen-komen pedas yang ditinggalkan mereka dimana mereka merasakan itu merupakan hak selebriti itu untuk edit foto.

Apatah lagi, pastinya edit foto merupakan perkara yang normal berlaku dan berikut merupakan antara komen-komen yang ditinggalkan tentang perkara berkenaan.

“Biarlah dia nak edit ke or what…”

“Beautiful and handsome couple”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber:Instagram uqashasenrose2

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Biarlah dia…” – Uqasha Senrose Kongsi Foto, Warganet ‘Sekolahkan’ Pasal Edit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*