Kahwini 39 Wanita Dan Dikurniakan 94 Anak, 33 Cucu… Lelaki Berusia 74 Tahun Ini Punyai Keluarga Terbesar Di Dunia

Jika sebelum ini keluarga Radford di Britain dikenali kerana mempunyai seramai 22 orang anak, kini netizen pasti terkejut apabila mengetahui mengenai sebuah keluarga besar di India.

Ziona Chana mempunyai 39 isteri dan hasil poligami itu, lelaki berusia 74 tahun ini dikurniakan 94 orang anak.

Keluarga besar ini mendiami sebuah mansion empat tingkat yang mempunyai 100 buah bilik bersama-sama 14 menantu perempuan dan 33 cucu.

Anak-anak perempuannya yang sudah berkahwin pula tinggal berasingan dengan suami masing-masing.

Ziona adalah pemimpin mazhab Kristian, Chana Pawl yang diasaskan pada 1942 oleh ayahnya.

Mazhab ini membenarkan lelaki mengahwini seberapa ramai wanita yang mereka sukai.

Bagi menampung keperluan makanan, keluarga ini menanam pelbagai sayur-sayuran di kawasan kediaman mereka.

Ziona mempunyai sistem penggiliran untuk bermalam bersama mana-mana isterinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar /  DailyStar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kahwini 39 Wanita Dan Dikurniakan 94 Anak, 33 Cucu… Lelaki Berusia 74 Tahun Ini Punyai Keluarga Terbesar Di Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*