“Kami rapat selepas saya bantu ‘bini’ dia..” – Angsa Kenang Jasa! Ramai Kagum Lihat Hubungan Sweet Pemuda Ini Dengan Seman

SETIAP kali kita ternampak kelibat angsa, hati pasti berdebar-debar dan berharap agar tidak dikejar haiwan tersebut.

Namun berbeza dengan pemuda ini yang dilihat begitu mesra, siap berpelukan dengan haiwan tersebut dalam sebuah video yang dikongsinya di Twitter sehingga menjadi tular.

Video dengan kapsyen ‘Baru tak jumpa beberapa minggu, dia punya peluk macam tak da hari esok’ mendapat hampir 142,000 tontontan di platform media sosial itu.

Menurut Mohd Ridhuan Daud, video itu dirakam ketika berkunjung ke rumah neneknya di Kampung Bukit Raja Darat, Pengerang, Johor pada Jumaat lalu.

“Itu sebenarnya angsa nenek saya dekat kampung. Kalau sesiapa follow saya di Twitter mereka tahu saya memang mesra dengan haiwan.

“Lagipun saya pernah share video dengan angsa tu sebelum ini. Saya memang suka ambil video dengan haiwan dan akan share dekat media sosial,” katanya.

Ridhuan pernah berkongsi video dengan Seman yang turut tular sebelum ini.

Jelas pemuda berusia 22 tahun itu, dia memang rapat dengan angsa jantan yang diberi nama Seman itu.

“Separuh orang memang fobia dengan angsa sebab takut kena patuk. Saya sebelum ni pun pernah kena kejar dengan Seman.

“Tapi hubungan kami jadi rapat lepas saya bantu ‘bini’ dia (angsa betina) keluarkan kepala tersepit dekat rim basikal.

“Mula-mula tu dia marah tak bagi dekat, tapi saya kata nak tolong ni. Saya pun lepaskan. Sejak tu Seman rapat dengan saya, mungkin kenang jasa kot,” katanya.

Nampak je saya dia macam excited. Dia kenal orang. Bila masuk tu dia peluk mungkin rindu agaknya sebab lama tak jumpa.

MOHD RIDHUAN DAUD

Ditanya mengenai reaksi Seman semasa menyedari kehadirannya, Mohd Ridhuan atau mesra disapa Ridhuan berkata keadaan di kandang haiwan itu akan bertukar riuh.

“Dia akan jadi riuh, bising… lepas tu dia tundukkan kepala suruh masuk kat kandang dia tu.

“Kiranya dia ajak bermain. Kalau selagi saya duduk kat luar pagar tu dia akan tundukkan kepala… dia suruh masuk.

Ridhuan turut membela lima ekor kucing.

“Nampak je saya dia macam excited. Dia kenal orang. Bila masuk tu dia peluk mungkin rindu agaknya sebab lama tak jumpa,” katanya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Pengerang, Johor itu mengakui dia memang didedahkan dengan sifat menyayangi haiwan oleh arwah ibunya sejak kecil lagi.

“Saya suka haiwan tak kiralah kucing, anjing mahupun monyet sebab arwah mak kenalkan saya dengan haiwan sejak kecil.

“Dia selalu bawa saya main dengan haiwan. Dia juga suruh buat baik dengan haiwan. Kalau orang tak sayang kita tapi haiwan sayang kita,” kataya.

Mengenai videonya yang tular itu, Ridhuan berkata dia sekadar mahu berkongsi momen manis itu untuk dijadikan kenangan.

“Saya selalu akan share video saya dengan haiwan di media sosial tapi tak sangka pula video ni akan viral.

Antara komen netizen pada posting Ridhuan.

“Mungkin sebab perbuatan saya tu rare, tak semua orang boleh buat dan alami situasi sebegitu. Jadi mereka pun like dan retweet,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat kemesraan Ridhuan dengan Seman.

“Geram betul aku. Macam mana dia boleh baik dengan Atuk hahaha. Kalau aku ni mesti dah kena kejar lari satu kampung haha,” kata Shamil.

“Adehh… macam manalah boleh rapat gila dengan samseng kampung ni. Hahahahaa,” kata Kingmatz.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Kami rapat selepas saya bantu ‘bini’ dia..” – Angsa Kenang Jasa! Ramai Kagum Lihat Hubungan Sweet Pemuda Ini Dengan Seman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*