Parlimen Macam Zoo, Sidang Dewan Rakyat Jadi Hingar Bingar

Seperti yang diramalkan oleh ramai, usul tukar Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat yang dikemukan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat tentangan hebat dari barisan kerusi pembangk4ng.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memgemukan calon Datuk Azhar Azizan@Harun sebagai penganti Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Dewan rakyat bertukar pan4s!

Suasana dilaporkan bertukar hingar sebaik sahaja Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon membuka ruang untuk perbahasan bagi usul yang dibawa Perdana Menteri Malaysia berkenaan.

Ketua Pembangk4ng, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama bangun dan meminta Yang Dipertua tidak menghadkan masa dan jumlah Ahli Parlimen bagi membahaskan usul tersebut.

“Timbalan Yang Dipertua, ini soal yang penting bagi Ahli Parlimen, saya cadangkan Timbalan Yang Dipertua jangan mengambil keputusan terlalu pantas dan gopoh untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimen daripada berbahas.” Jelas beliau.

“Macam budak nakal belakang kelas…”

Sudah tentunya segala tindak tanduk dan kekecohan yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat berkenaan diperhatikan oleh rakyat Malaysia. Ramai yang dilihat begitu kecewa dan terkilan apabila sidang menjadi kecoh.

Situasi yang berlaku diumpakan seperti zoo oleh rakyat sekaligus memaparkan imej yang tidak professional.

“Tak layak jadi wakil rakyat…”

Bising gil4, dah macam zoo!

Rakyat sedang memerhati!

 

Rakyat Malaysia hari ini dilihat rancak membahaskan perkara yang dibincangkan pada sidang Dewan Rakyat di media sosial.

Sumber: TwitterSinar Harian.

Be the first to comment on "Parlimen Macam Zoo, Sidang Dewan Rakyat Jadi Hingar Bingar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*