Rakan Puji Kehebatan Dr Noor Hisham, Sedih Dengan Negara Sendiri

Tidak perlu dinafikan lagi kejayaan Malaysia dalam mengawal penularan wabak COVID-19. Pemimpin dan rakyat sentiasa berganding bahu bagi memutuskan rantaian pandemik tersebut sehingga meraih pelbagai pujian masyarakat luar.

Terbaru, seorang pakar bed4h endokrin Australia/New Zealand iaitu Dr Julie Miller berkongsi sebuah posting di Facebook miliknya yang membuat penghargaan untuk Malaysia terutama terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kisah dua negara: Malaysia adalah contoh terhadap yang berlaku apabila pemimpin mendengar pandangan sains dan rakyat mematuhi serta menyokong kepemimpinan mereka.
Rakan sejawat saya, pakar bedah endokrin Dr Hisham Abdullah, adalah Ketua Pengarah Kesihatan di Malaysia dan telah bertindak terhadap pandemik mereka.
Dia membuat keputusan sukar pada mulanya, malah sebelum Malaysia merekod kes pertama. Pengawalan ketat sempadan, saringan, mengesan (kontak rapat) dan isolasi, menyampaikan mesej dengan jelas dan konsisten, sidang media harian, bukti serta keputusan berdasarkan fakta.

Dia bekerja siang dan malam sejak Januari. Pegawai terpilih telah mendengar dan melaksanakan nasihatnya. Orang ramai telah mematuhi jarak sosial, mencuci tangan dan memakai topeng muka.
Hasilnya, Malaysia sebuah negara Asia berbilang bangsa dan populasi yang padat telah melakukan dengan baik, dan Dr Noor Hisham diangkat sebagai hero negara. Sains, bukan politik.
Sementara itu, Dr Fauci (Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional) menerima anc4man bunvh. Dan lihatlah AS. Saya berbangga dengan kebijaksanaan dan kerja keras Dr Noor Hisham serta pasukannya, dan sangat sedih dengan negara saya sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Dr Julie Miller

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Rakan Puji Kehebatan Dr Noor Hisham, Sedih Dengan Negara Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*