Selepas Suami Dan Bapa Mertua, Aishwarya Rai Serta Anak Perempuan Juga P0sitif COVID-19

Sejak semalam, media-media antarabangsa melaporkan bahawa anak-beranak yang merupakan pelakon Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Abhishek Bachchan kini dirawat di Hospital Nanavati selepas disahkan positif v1rus COVID-19.

Menerusi laporan Indiatoday, Amitabh Bachchan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan berita ini disahkan sendiri pelakon itu menerusi laman di Twitter miliknya. Dia juga merayu meminta sesiapa yang pernah berkontak raapat dengannya untuk melakukan ujian saringan.

Kini, menantu Amitabh Bachchan dan juga merupakan isteri kepada Abhishek Bachchan iaitu Aishwarya Rai juga disahkan positif wabak berkenaan. Turut terkena tempias, anak perempuan mereka dikenali sebagai Aaradhya Bachchan turut dijangkiti.

Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Kesihatan negeri Maharastra, Rajesh Tope menerusi akaun Twitter miliknya. Amitabh dan Abhishek dilaporkan positif v1rus itu dan mengalami gejala ringan dan kini berada dalam pantauan pihak Hospital Nanavati, Mumbai.

Namun isteri kepada Amitabh Bachchan turut diarahkan menjadi ujian saringan namun keputusannya didapati negatif.

Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja! Harap wabak COVID-19 yang merebak di seluruh dunia ini secepatnya lupus demi kebaikan bersama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Malaysia Gazzate, Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Selepas Suami Dan Bapa Mertua, Aishwarya Rai Serta Anak Perempuan Juga P0sitif COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*