Hanya Bertutur Bahasa Melayu, Sugu Pavithra Raih YouTube ‘Silver Play Button’

Para Youtuber ataupun YouTube content creator bakal menerima penghargaan daripada pihak YouTube yang berupakan YouTube Play Button. YouTube Play Button merupakan plak berbentuk tombol play ala YouTube berserta ucapan kepada channel YouTube yang berhasil memperoleh subscriber yang disasarkan.

Sudah tentunya, YouTube Play Button menjadi idaman para Youtuber sebagai penghargaan agar segala penat lelah terbalas.

Kongsi keterujaan bersama pengikut!

Pasangan YouTuber terkenal dan menjadi kesayangan rakyat, Sugu dan Pavithra juga tidak menerima anugerah ‘Silver Play Button’. Perkara gembira ini telah dikongsikan kepada pengikut mereka menerusi saluran YouTube miliknya yang baru sahaja dimuat naik semalam.

Dapat lebih 100 ribu subscriber

Silver Play Button yang diterima oleh suami isteri ini kerana saluran mereka dilayari lebih 100,000 pengguna laman YouTube.

Walaupun hanya sekadar memasak ringkas dan hanya menggunakan bangsa kebangsaan, mereka juga membuktikan bahawa mereka mampu berjaya seperti Youtuber yang terkemuka.

Di dalam video berkenaan, Sugu juga dilihat turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada jiran lamanya Kak Seri kerana mengajarnya menyelami dunia Youtube.

Saluran Sugu Pavithra berjaya menambat hati rakyat Malaysia kerana berkongsikan pelbagai resepi masakan dan hubungan kekeluarga yang sangat erat dan bersahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Malaysia Gazzete.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Hanya Bertutur Bahasa Melayu, Sugu Pavithra Raih YouTube ‘Silver Play Button’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*