[VIDEO] Ikan Pari Berenang Berhampiran Pengunjung Pantai, Tapi Benda Lain Pula Yang Tarik Perhatian

Ikan pari adalah salah satu ikan berbisa yang mana sengatannya boleh membawa maut. Malah bekas penjaga zoo Australia Steve Irwin yang hebat dengan haiwan berb4haya juga tew4s dengan ikan pari.

Jika kita mengetahui ikan pari gergasi berenang berhampiran kita ketika berenang di laut, pastinya kita akan keluar dari air dengan serta merta.

Namun satu rakaman baru-baru ini menunjukkan beberapa ikan pari atau manta rays berenang bebas di kalangan beberapa pengunjung pantai yang langsung tidak menyedari kehadiran mereka.

Rakaman yang diambil itu sangat memukau dan menakjubkan, namun ada benda lain yang lebih menarik perhatian penonton.

Dalam video yang telah meraih lebih 5 juta tontonan itu, salah seorang pengunjung yang sedang berenang di dalam laut kelihatan mengalami kesan terbakar akibat cahaya matahari yang melampau sehingga kulitnya berwarna merah.

“Manusia paling teruk kena sunburn yang pernah aku tengok…”

Sunburn lelaki itu membuat rata-rata netizen tertanya-tanya sama ada dia memakai krim pelindung matahari atau tidak, dan apakah yang dirasainya ketika kulitnya dipanggang sebegitu. Malah ada juga yang membandingkan warna kulitnya dengan Hellboy dan Mr. Crabs

“Ini laut ke kolam asid?”

“Set4n pergi berenang…”

“Hellboy…

“Lelaki tu OK tak?”

“Mr Crabs ke tu…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] Ikan Pari Berenang Berhampiran Pengunjung Pantai, Tapi Benda Lain Pula Yang Tarik Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*