Rakyat Malaysia dilihat begitu tertawan dengan sikap merendah diri dan kesederhanaan yang ditonjolkan oleh pasangan Youtuber tempatan, Sugu Pavithra. Maka, tidak hairanlah jika pasangan ini mampu meraih populariti dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melayari saluran YouTube mereka.
Bukan sekadar menyokong suka-suka, malah setiap resepi yang dikongsikan oleh Sugu Pavithra ini turut dicuba oleh kebanyakan penontonnya. Ramai yang mengakui bahawa resepi yang dikongsikan Sugu Pavithra sangat ‘menjadi’ dan sangat mudah untuk diikuti.
“Kaedah memasak menggunakan tomato…”
Salah seorang ahli kimia menggunakan kepakarannya untuk berkongsikan dan ‘mendedahkan’ rahsia disebalik kesedapan kari style Sugu Pavithra menerusi akaun Twitternya.
Rahsia ini selongkar oleh beliau setelah melakukan pemerhatian ke atas video dan mencuba resepi kari style Sugu Pavithra.
Pada pendapat saya, rahsia keenakan kari stail Sugu Pavithra adalah kaedah memasak menggunakan tomato. Dalam video kari ayam pencen mereka, ayam dimasak sehingga agak lembut tanpa guna air. Kemudian kari dimasak tanpa air. Tomato dan ayam adalah makanan tinggi glutamat.
— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) July 13, 2020
Hanya guna bahan2 yang tinggi dengan glumat!
Pada pendapat saya, rahsia keenakan kari stail Sugu Pavithra adalah kaedah memasak menggunakan tomato. Dalam video kari ayam pencen mereka, ayam dimasak sehingga agak lembut tanpa guna air. Kemudian kari dimasak tanpa air. Tomato dan ayam adalah makanan tinggi glutamat.
— Che Puteh Osman, PhD (@drcheputeh) July 13, 2020
Biasanya masak kari dengan style sendiri…
Tapi bila guna style Sugu Pavithra…
Sungguh menyelerakan hasilnya!
Satu lagi ilmu baru yang dikongsikan oleh beliau! Semoga perkara ini memberi manfaat kepada semua orang dan terutamanya para suri rumah yang gigih memasak dengan ikhlas untuk keluarga mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis
Sumber: Twitter.
PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "Ahli Kimia Dedah Rahsia Disebalik Keenakan Kari ‘Style’ Sugu Pavithra"