Penduduk Islam Turki, Sebak Dengar Laungan Azan Pertama Di Masjid Hagia Sophia

Setelah 86 tahun akhirnya laungan azan kedengaran buat pertama kali dari Hagia Sophia, di sini setelah bangunan ikonik itu kembali menjadi masjid.

Tetap dengan keputusan mengiktiraf Hagia Sophia sebagai masjid semula, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengetepikan amar4n antarabangsa terhadap penukaran status struktur berusia 15 abad itu.

Keputusan mahkamah memvtuskan Hagia Sophia sebagai masjid disambut baik oleh ribuan rakyat khususnya Muslim, yang meluahkan rasa syukur.

Ramai dah mula solat di luar masjid

Meskipun telah diumumkan bahawa pada 24 Julai ini akan diadakan solat Jumaat pertama di Hagia Sophia, namum penduduk Islam Istanbul sudah tidak sabar,  apabila mereka hadir beramai-ramai menunaikan solat, berdoa dan beribadat di pekarangannya

Takbir pertama, penduduk ucap syukur

Sudah mula tular, video-video laungan azan yang berkumandang di masjid itu yang setelah sekian lama tidak didengari, membuatkan umat Islam seluruh dunia juga tumpang gembira dengan status terbaharu Hagia Sophia ini.

Berdasarkan video yang dikongsikan, ribuan rakyat sudah menunggu di luar masjid untuk menantikan laungan azan yang pertama di Masjid Hagia Sophia. Dapat didengari juga ucapan syukur dan sebak daripada penduduk di sana.

Kesemua mereka, bersorak gembira ketika takbir pertama berkumandang dan kemudiannya masing-masing bertafakur di perkarangan masjid bagi menghormati azan.

Majlis Negara men0lak petisyen yang dikemukakan oleh kumpulan agama dan membatalkan keputusan Kabinet tahun 1934 yang mengubah bangunan itu menjadi muzium.

Keputusan itu membolehkan kerajaan mengembalikan status Hagia Sophia sebelumnya sebagai sebuah masjid.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Ismaweb & MD SOHRAB

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Penduduk Islam Turki, Sebak Dengar Laungan Azan Pertama Di Masjid Hagia Sophia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*