“Awak buat apa Ali?…” – Bercakap Dalam Kelas, Wartawan Kena ‘Mar4h’ Dengan Cikgu

Selepas empat bulan sekolah bercuti susulan daripada PKP, semalam para pelajar Tingkatan 1 hingga 4 serta murid Tahun 5 dan 6 sudah mula dibenarkan untuk memulakan kembali pembelajaran di sekolah.

Justeru, Buletin TV3 juga tidak melepaskan peluang untuk membuat laporan mengenai suasana pembukaan semula sekolah mengikut normal baharu, dalam satu segmen khas yang dikendalikan oleh wartawan Ali Toupan Rajalee.

“Awak buat apa Ali…” – Cikgu

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah cara penyampaian yang unik wartawan tersebut membuatkan para penonton terhibur.

Wartawan jadi budak sekolah

Dalam laporan berita yang disiarkan, wartawan itu membawa watak sebagai pelajar sekolah, malah dia siap kena ‘tegur’ dengan guru yang sedang mengajar di hadapan.

Pinjam tie budak sebelah ke?

Sedutan laporan berita dikongsikan di laman Twitter rasmi Buletin TV3 dan seterusnya menjadi viral dengan mendapat hampir 100 ribu lebih tontonan dan mengundang pelbagai reaksi netizen siap ada yang perasan wartawan tu pinjam tie budak duduk di sebelah.

Pandai berlakon dah sekarang

Cikgu bagi laluan Ali cakap dulu

Memang kreatif betul cara penyampaian wartawan itu, cikgu dan para pelajar bukan main lagi in character.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Buletin TV3

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Awak buat apa Ali?…” – Bercakap Dalam Kelas, Wartawan Kena ‘Mar4h’ Dengan Cikgu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*