“Ingat Syafiqah Aina tadi..” – Foto Terbaru Zulin Aziz Tarik Perhatian Ramai

Zulin Aziz merupakan antara selebriti yang sering menjadi perhatian menerusi laman sosial Instagram, jika sebelum ini dia menjadi pilihan warganet untuk menghiburkan diri apabila dia juga berbakat dalam menghasilkan video lucu.

Kini pula bukan sahaja itu namun Zulin Aziz menjadi inspirasi buat para wanita diluar sana bagi mendapatkan berat badan ideal.

Perkongsian foto-foto Zulin di Instagram peribadinya dimana dia diikuti 2.1 juta followers membuatkan warganet juga dapat melihat perubahannya yang semakin cantik. Dapat diperhatikan pula, perkembangan terbaru Zulin adalah dia akhirnya melancarkan video muzik lagu nyanyiannya yang berjudul Followback.

Ternyata, ramai peminat dan pengikut memberikan reaksi positif terhadap nyanyiannya dalam lagu tersebut dimana adanya juga pelakon, Fikry Ibrahim dalam video muziknya.


Dalam pada itu, ternyata perkongsian foto terbaru Zulin Aziz dimana dia mengayakan baju putih dan mengenakan tudung berwarna kelabu membuatkan ramai memuji kecantikannya.

Foto yang dikongsikan ini, mendapat perhatian peminat dan pengikut dengan menerima hampir 90 ribu tanda suka.

“Bila kau terjumpa ex kau… Eh macam mana ada kat sini? Ok laa i busy, bye”

Menjenguk ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima Zulin Aziz dimana perkongsian foto itu membuatkan dia semakin menjadi inspirasi disamping tumpang gembira melihat dirinya.

Komen usahawan terkenal, Hafiz Mahamad turut mencuri tumpuan peminat apabila dia menyangka Zulin adalah isterinya, Syafiqah Aina.

“Ingat Syafiqah Aina tadi…”

“Alhamdulillah, tercapai dah hajat Zulin nak slim…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram zulinaziz

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Ingat Syafiqah Aina tadi..” – Foto Terbaru Zulin Aziz Tarik Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*