‘Marvah, Agama Dan Bangsa Di Tangan Anda’ – Bront Palarae Tegur Menteri, YB

Sejak Persidangan Dewan Rakyat dimulakan beberapa hari yang lepas, terdapat banyak kontroversi melibatkan ahli-ahli parlimen yang bertikam lidah ketika menghuraikan hujah masing-masing. Susulan daripada itu, pelbagai potongan video telah viral di media sosial ketika sidang tersebut berlangsung.

Perdebatan yang berlaku juga telah menimbulkan rasa kurang senang masyarakat terhadap sikap sesetengah ahli parlimen. Di Twitter, pelakon, Bront Palarae memohon kesemua ahli parlimen beringat sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara.

Tontonan warga dunia

Bront Palarae telah memuat naik satu status di akaun Twitternya dengan mengingatkan kepada para menteri dan ahli parlimen supaya menjaga adab ketika bersidang. Ini kerana, video yang dirakam pasti akan dilihat oleh anak cucu pada masa akan datang.

Tambahnya lagi, kesemua mereka seharusnya menjadi contoh dan teladan yang baik buat masyarakat di negara sendiri mahupun masyarakat luar yang menonton. Antara 1su yang berbangkit sejak Dewan Rakyat dimulakan, Ahli Parlimen Baling iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dikatakan ras1s dan seks1s. Beliau did4kwa mengeluarkan perkataan gelap dan pakailah bedak kepada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Di samping itu, berlaku sedikit kekecohan berhubung 1su pelantikan speaker, 1su pembentangan bajet dan beberapa 1su lain yan dibangkitkan. Video Syed Saddiq did4kwa diej3k ketika berbahas turut mencur1 tumpuan netizen. Beberapa ahli parlimen cuba melakukan provokasi dengan memerl1 beliau ketika bangun dari tempat duduknya bagi menyambung hujahan Tun Dr Mahathir.

Exactly bro!

Rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh pelakon filem ‘Bun0han’ itu. Malah, mereka mengakui bahawa kejadian tersebut sangat memalvkan dan tidak baik buat negara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Bront Palarae

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "‘Marvah, Agama Dan Bangsa Di Tangan Anda’ – Bront Palarae Tegur Menteri, YB"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*