“Biar Saya Selesaikan Dulu Rumah Tangga…”

Sejak petang tadi hangat diperkatakan mengenai sebuah rakaman video penyanyi Nubhan Ahmad dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek sedang bertengkar mengenai kereta hilang di kawasan khalayak ramai.

Menerusi Astro Gempak, Nubhan memohon agar memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah rumah tangga bersama isterinya. Nubhan berkata dia perlu masa untuk bertenang buat seketika.

“Aduh pasal video tu biarlah dulu. Saya pun taktau nak cakap macam mana. Saya rasa biarlah saya selesaikan dulu rumah tangga saya. Bagi bertenang dulu,” katanya menerusi kiriman WhatsApp.

Video tul4r itu memaparkan Nubhan menunjal kepala isterinya kemudian menjer1t sambil mencengk4m kepala isterinya itu. Kedengaran Nubhan berkata,”Sekarang ini kan kereta tau, kereta hilang. Saya dah takda duit nak beli kereta. Faham tak?”

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menimbulkan rasa kurang senang dengan tindakan penyanyi itu yang berpendapat tidak sepatutnya berk4sar dengan wanita.

Bagaimanapun, ada yang beranggapan ianya sekadar lakonan semata-mata. Tidak kurang juga ada yang mendakwa ia mungkin strategi pemasaran untuk melancarkan produk baharu.

Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Biar Saya Selesaikan Dulu Rumah Tangga…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*