Ernie Zakri, Syamel Kahwin Tahun Depan

Teka-teki spekulasi hubungan cinta yang terjalin antara Ernie Zakri dan Syamel akhirnya terjawab apabila Ernie memaklumkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menafikan dakwaan sedang hangat bercinta, Ernie tidak menafikan calon suaminya adalah rakan seperjuangannya iaitu Syamel. Ernie turut mengatakan Syamel mempunyai ciri suami idamannya.

“Setakat ini calonnya adalah seperti yang anda semua sudah dengar. Jadi, doakan semoga semuanya dipermudahkan.

“Dia ada ciri-ciri suami idaman saya, cuma kami belum mengenali satu sama lain dengan cukup mendalam. Yang pasti, ciri-ciri utama adalah dia menghormati ibu bapa saya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ernie turut meminta para peminat mendoakan semuanya dipermudahkan. Ujarnya, tahun ini dia mahu fokus kepada karier dan ibu bapanya terlebih dahulu.

“Doakan semoga saya dapat menamatkan zaman bujang menjelang tahun depan kerana tahun depan usia saya sudah 29 tahun,” katanya.

“Dalam keluarga, hanya saya yang belum berkahwin. Jadi, ini masanya untuk saya jaga kedua-dua ibu bapa dan fokus saya adalah untuk mencari rezeki.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, banyak yang berlaku dan sekarang masanya untuk kita susun semula kerja-kerja yang tergendala,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ernie Zakri, Syamel Kahwin Tahun Depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*