Erra Fazira Pening Kepala Aleesya Minta Adik Baru

Hubungan cinta dengan penyanyi Shahir Zawawi sudah pun berakhir sejak Januari tahun lalu, bagaimanapun Erra Fazira mengakui mempunyai keinginan untuk berumah tangga namun lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

“Saya nak, kalau ada seru ke arah settle down saya nak. Cuma nak pergi ke arah itu saya agak berhati-hati. Kalau ada calon saya tak akan terus redah.

“Saya nak pastikan dahulu, sebab saya umur pun dah berapa dan kali ketiga jika mahu berumah tangga, saya jadi lebih berhati-hati. Saya selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Erra mengatakan anak perempuannya Engku Aleesya sering meminta adik baru tetapi meletakkan syarat dimana tidak mahu dia berkahwin lagi.

“Aleesya minta adik tapi tak mahu saya kahwin lagi, macam mana? Kadang-kadang, saya ada mengusik Aleeysa cakap ada lelaki ajak kahwin. Terus dia kemurungan dan sedih. Baginya perlu ke berkahwin.

“Mungkin dia takut kasih sayang berbelah bahagi. Tapi bila bercakap pasal adik, asyik tanya bila dia nak dapat adik,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Erra Fazira Pening Kepala Aleesya Minta Adik Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*