Bella Astillah Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak keduanya  ada mengalami tanda-tanda akan bersalin. Namun Bella tetap mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya Ayden pada Rabu lepas.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, memberitahu dia tiba di hospital kira-kira pukul 3.30 dan melalui proses bersalin selama dua jam setengah.

Pada 9 September 2016 dan memiliki seorang putera, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. Walaupun rumah tangga mereka beberapa kali diuji sehingga ke perceraian pada 16 Mei tahun lalu. Namun, pasangan berkenaan kembali rujuk ketika tempoh edah, keputusan itu dirahsiakan kepada pengetahuan umum.

Walaupun sudah beberapa bulan tidak dapat bertemu suami yang kini berada di Singapura disebabkan pintu sempadan masih lagi ditutup susulan wabak COVID-19,biarpun berjauhan tidak bermakna Aliff melepaskan tanggungjawabnya. Kami berhubung setiap hari sama ada melalui panggilan suara dan video. Suami selalu mengambil berat mengenai saya dan bayi dalam kandungan, jadi saya tidak terasa sunyi.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 26, bersalin bersendirian tanpa ditemani suaminya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz di sisi.

Alhamdulillah proses bersalin Bella Astillah juga berjalan dengan lancar, beliau selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 6.10 pagi tadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram bellaastillah via Kecoh Habis

(By STAFF KECOH HABIS)

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Bella Astillah Selamat Melahirkan Bayi Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*