“Senang Nak Nyanyi” – Begini Rupanya Lirik Lagu Hindustan Bila Jadi Melayu

Pada sekitar tahun 1990-an, filem-filem Bollywood menjadi antara kegemaran rakyat Malaysia. Sebut sahaja apa juga judul filem berbahasa ini pada era tersebut, pasti ramai yang tahu dan ingat. Penangan lakonan hebat daripada hero dan heroin dari India menjadi pujaan ketika itu.

Antaranya Shah Rukh Khan, Salman Khan, Kareena Kapoor, Aishwarya Rai, Kajol dan ramai lagi. Filem seperti Mohabbatein, Dil To Pagal Hai, Kuch Kuch Hota Hai, Mann dan banyak lagi menjadi antara yang popular pada waktu itu. Malah jika diulang siar di televisyen tempatan masih ada yang akan menontonnya

Antara filem yang popular

Bukan itu sahaja, lagu-lagu yang terselit dalam filem Bollywood ini juga menjadi halwa telinga buat penontonnya. Dengan melodi dan suara penyanyi yang merdu, memang boleh layan!

Walaubagaimanapun baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan sebuah lagu hindustan dari filem Bollywood. Video tersebut menunjukkan lirik lagu Hindustan bila jadi Melayu yang direka oleh seorang individu.

Berikut adalah video tersebut yang telah diulang siar oleh Instagram Sinar_my:

 

View this post on Instagram

 

Ohhhh macam ni rupanya lirik lagi Hindustan ni. Hahaha, Siapa power mesti tahu ni filem apa ? #SinarKongsi Sumber : FB Zamie Zikri

A post shared by SINAR (@sinar_my) on


Alahai, kena pula bunyi dengan lirik itu! Apa-apa pun video lirik lagu Hindustan bila jadi Melayu ini telah meraih lebih 74 ribu tontonan dan 8 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Dengan aku2 sekali nyanyi ikut lirik tu”

“Penat Karisma Kapoor menari, gini jer rupa lirik dia”

“Nak lirik seterusnya pleaseeee”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram sinar_my

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Senang Nak Nyanyi” – Begini Rupanya Lirik Lagu Hindustan Bila Jadi Melayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*