Konon Baru Datang H4id, Remaja 16 Tahun Camp4k Bayi Dari Tingkat Dua

Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumvran dar4h di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada jam 12.35 tengah hari daripada orang awam.

Beliau berkata bayi itu telah dicamp4k oleh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak di tingkat dua dengan ketinggian kira-kira sembilan meter.

“Seorang saksi yang juga jiran susp3k mendengar bunyi kuat yang terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemukan bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tomp0kan dar4h pada ger1gi tingkap serta cadar biliknya.

A. Asmadi berkata bayi itu berada dalam keadaan krit1kal dan mengalami kecedera4n pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

“Suspek telah dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut…keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendar4han selepas melahirkan bayi berkenaan,” katanya.

Katanya, soal siasat ke atas ibu dan dua adik susp3k mendapati mereka tidak mengetahui tentang keham1lan remaja itu, malah semasa kejadian dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak sebaliknya hanya memberitahu baru sahaja datang ha1d.

Beliau berkata saksi-saksi kes berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Bernama , Facebook , Sin Chew Daily

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Konon Baru Datang H4id, Remaja 16 Tahun Camp4k Bayi Dari Tingkat Dua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*