“Nasib baik aku tak lafaz pelik-pelik..” – Persoal Kenapa Orang Bercer4i, Dr Say Dedah Ramai Lelaki ‘Suka Simpan’

Kenapa orang bercera1 eh?”

Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh seorang doktor popular rentetan banyak kes pencera1an pasangan melibatkan selebrititi seperti artis dan doktor sejak kebelakangan ini.

Bukan mahu ‘membawang’ mengenai rumah tangga orang lain, Dr Muhammad Shazril Shahruddin terdetik dalam hati bahawa pencera1an juga boleh berlaku kepada dirinya sendiri.

“Bukan nak cakap besar because it could happen to me tapi bagi saya bercerai adalah satu pilihan. Tak sedih ke saying goodbye to the memories spent together as husband and wife?

“Kalau dah ada anak, kasihannya anak tu membesar kurang kasih sayang daripada salah seorang ibu atau bapa,” tulisnya di laman sosial Instagramnya.

Perkongsian Dr Say Shazril mengenai isu pencera1an yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril, dia tidak menaf1kan pernah melalui pengalaman perselis1han faham dengan isterinya.

“Memang ada tergerak hati berfikir ‘i am done with this marriage’ tapi bila segalanya dah cool down terfikir balik ‘nasib baik aku tak lafaz benda pelik-pelik tadi’.

“Mujur hukum bercerai hanya jatuh sekiranya dilafazkan suami. Kalau hvkum bercera1 jatuh di tangan isteri, saya rasa saya dah dital4k seribu seratus tujuh puluh kali dah.

“Ace (panggilan nama anak) jatuh je… ‘haa i cari laki lain, cukup dah dengan laki reckless (cua1) macam you‘. Melawak je, bini saya sweet,” ujar bapa kepada seorang anak lelaki itu secara berseloroh.

Dr Say Shazril (kiri) bersama isteri tercinta. Foto instagram say_shazril

Doktor yang merupakan pengacara bagi program Tanya Doktor dan My Doctors ini berkata, apa yang cuba disampaikannya adalah sikap pasangan sebelum berkahwin.

“Sekiranya kalian tahu yang someone tu memang shitty (tak berguna) dari awal kenapa kahwin dengan dia? Bagi saya no such thing as manusia boleh berubah.

“Kalau dari awal dia kaki pukvl sampai ke sudah dia akan jadi kaki pvkul. Tujuan post saya hanyalah atas sebab ingin tahu,” ujarnya sambil meminta pengikutnya berkongsi tentang kenapa sesetengah pasangan itu memvtuskan untuk bercer4i.

Bahagia… Dr Say Shazril (kiri) dan isteri (kanan) dikurniakan seorang anak lelaki.

Menerusi posting berasingan susulan komen-komen yang diterimanya, doktor berusia 32 tahun itu berkongsi rahsia mengenai kebanyakan lelaki.

“Tak semua macam ni tapi saya berani cakap, kebanyakannya begini. Lelaki ni suka simpan… simpan wanita walaupun dia dah tak ada perasaan terhadap wanita itu.

“Sebab tu banyak kita dengar atau baca kes daripada isteri ‘berkali-kali saya minta dia lepaskan saya tapi dia tak nak’.

Tak semua macam ni tapi saya berani cakap, kebanyakannya begini. Lelaki ni suka simpan… simpan wanita walaupun dia dah tak ada perasaan terhadap wanita itu.

DR SAY SHAZRIL

“Kenapa kami (lelaki) sebegini? Mungkin kami tak nak dilihat sebagai ketua keluarga yang gag4l, yang tak reti urus keluarga… maka daripada dipandang sebagai ketua yang gagal, kami simpan anda sebagai pr0paganda tapi hakikatnya anda tiada apa-apa bagi kami.

“Sebab tulah bila anda tegur kami yang kami ni pemalas ke, tak reti jaga anak ke, membazir masa main telefon ke, ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan, tiada perubahan yang kami lakukan. Mungkin ada sikit tapi lepas tu kembali kepada kami yang dulu,” tambahnya.

Perkongsian Dr Say Shazril mengenai sikap kebanyakan lelaki.

Sehubungan itu, Dr Say Shazril menyeru kepada semua lelaki supaya berhenti melakukan pender4an fizikal dan ment4l terhadap pasangan masing-masing.

“Jika anda tidak lagi mempunyai perasaan terhadap dia, biarkan dia pergi. Kenapa nak sesakkan dia dengan segala pender1taan semata-mata tak nak masyarakat anggap anda lem4h.

“Memang anda lemah sebab anda tak berusaha untuk membuatkan dan mengekalkan perhubungan. Terima hakikat itu dan move on supaya wanita itu juga boleh move on,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Nasib baik aku tak lafaz pelik-pelik..” – Persoal Kenapa Orang Bercer4i, Dr Say Dedah Ramai Lelaki ‘Suka Simpan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*