Neelofa Bergaya Jenama Popular Tetapi ‘Komen’ Ameera Pula Cuit Hati Warganet

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon dan model terkenal, Neelofa ini yang turut menjadi antara usahawan inspirasi peminat. Semakin berjaya dalam pelbagai bidang diceburi, selebriti berusia 31 tahun ini membuatkan dia menjadi diantara selebriti disukai ramai.

Walau bagaimanapun, bukan dirinya sahaja yang dikenali malah adiknya, Ameera Khan turut menjadi perhatian warganet malah dilaman Instagram dia berjaya memperoleh jutaan followers.

 

View this post on Instagram

 

Slaying together, staying together. #lofalens

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Kedua-duanya yang semakin popular dalam industri hiburan tanah air membuatkan warganet juga terhibur dengan gelagat adik-beradik selebriti ini dilaman sosial Instagram.

Jika baru-baru ini, personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan panggilan Little Miss Khan (LMK) mencuri tumpuan netizen apabila memakai baju dan beg tangan kakaknya dan apa yang lebih mencuit hati apabila Neelofa sendiri meninggalkan komen tentang hal itu pada perkongsian foto penampilan bergaya Ameera Khan.

Lalu, sikap Ameera Khan yang rembat baju kakaknya itu menjadi buah mulut warganet apabila ramai yang boleh ‘relate’ dengan perbuatan itu.

 

View this post on Instagram

 

can i live in this forever? @heymotherchuckers

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on


Tidak disangka-sangka menerusi perkongsian dilaman Instagram Neelofa, giliran adiknya pula yang meninggalkan komen untuk mengambil pakaiannya setelah melihat penampilan bergaya Neelofa yang terbaru.


Dalam masa yang sekejap, komen Ameera Khan itu di foto Neelofa membuatkan warganet gelak besar selain dikatakan sangat bertuah kerana kakaknya itu memiliki segalanya.

“I like. I steal soon”

“Bestnya ada adik beradik perempuan ramai…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: instagram neelofa

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Neelofa Bergaya Jenama Popular Tetapi ‘Komen’ Ameera Pula Cuit Hati Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*