“Pian janganlah sedih!!”- Sufian ‘Prank’ Elizabeth Tan Raih Perhatian Ramai

Segmen prank dalam rancangan di kaca televisyen antara yang menjadi perhatian dan antara segmen tersebut yang disukai ramai adalah menerusi rancangan hiburan popular, Trek Selebriti.

Meskipun, para selebriti jemputan perlu membuat prank terhadap seseorang yang dikenali mereka namun prank yang dilakukan tidaklah setervk yang dibuat oleh sesetengah pihak.

Mungkin kerana itulah, segmen prank dalam rancangan yang dihoskan oleh Alif Farhan setiap rabu yang disiarkan di Astro Ria ini menjadi pilihan warganet malah ianya juga menghiburkan apabila dapat melihat selebriti mengenakan seseorang dengan pelbagai cara yang lucu.

Pada episod terdahulu, Zulin Aziz menjadi tetamu jemputan Trek Selebriti dan turut melakukan prank terhadap rakan pelakon, Fikry Ibrahim dan ternyata, ramai mengagumi sikap pelakon lelaki tersebut yang sanggup membantu Zulin.

Walau bagaimanapun, terbaru pula menerusi Instagram hos rancangan berkenaan, satu video teaser bagi episod seterusnya dikongsikan dan dapat dilihat, selebriti jemputan kali ini merupakan penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi.

Melalui video, Sufian menelefon rakan penyanyi, Elizabeth Tan dan melakukan prank terhadapnya sehingga membuatkan penyanyi itu risau.


Ternyata juga, perkongsian video itu meraih ribuan tontonan daripada pengikut dan peminat Alif Farhan di laman Instagram dan untuk menyaksikan gelagat prank Sufian dalam rancangan Trek Selebriti berkenaan boleh saksikan pada Rabu ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram aliffarhan_jr

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Pian janganlah sedih!!”- Sufian ‘Prank’ Elizabeth Tan Raih Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*