Konsisten 1200 Kes Sehari, Kadar Jangkitan COVID-19 Di Indonesia Atasi Negara China

Negara Indonesia kini membimbangkan negara-negara jiran dengan mencatat angka korban COVID-19 yang melebihi China, selepas negara Asia Tenggara itu melaporkan 1,752 kes jangkitan semalam.

Kementerian Kesihatannya Indonesia mengsahkan mereka kini terpaksa berhadapan dengan 84,882 kes terkumpul, bahkan angka ini telah melebihi jumlah rasmi jangk1tan di China sebanyak 83,644 kes.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto, berkata jumlah kemat1an akibat COVID-19 pula meningkat kepada 4,016 orang selepas 59 kematian dilaporkan semalam.

Indonesia secara konsisten merekodkan lebih 1,200 kes harian sejak awal Julai lalu.

Negara dengan kepadatan penduduk keempat tertinggi dunia itu secara berperingkat membuka semula ekonominya bermula Jun lalu.

Pihak berkuasa Jakarta sudah pun membatalkan rancangan untuk membuka kembali pawagam bulan ini selepas l0njakan kes jangk1tan harian.

Beberapa larangan sosial dan sekatan perjalanan di bandar raya yang mempunyai kira-kira 10 juta penduduk akan dikekalkan bagi tempoh dua minggu lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Konsisten 1200 Kes Sehari, Kadar Jangkitan COVID-19 Di Indonesia Atasi Negara China"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*