Selepas tiga hari mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan yang diadakan serba ringkas untuk tatapan pengikutnya di Instagram.
Pelakon berusia 32 tahun itu turut memuat naik gambar bersama keluarga suaminya Eilyas Azhar dengan meluahkan rasa sayang terhadap kedua ibu bapa mentuanya.
“I love my family ! Thank you so much and alhamdullilah. Eilyas Azhars side family. Saya sayang parents mertua saya. I’m truly blessed,” katanya.
Gambar itu mengundang perhatian warganet untuk memberikan lebih 300 komen, selain 34,000 tanda suka diraih pada posting berkenaan.
Segelintir netizen berpendapat bahawa wanita kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu sangat beruntung apabila diterima keluarga suaminya tanpa menilai baik bvruk yang dilakukan.
Malah rata-rata mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas ikatan halal itu dan mendoakan agar pasangan tersebut mengecapi bahagia hingga ke syurga.
Pilihan tepat, alhamdulillah dapat keluarga baik2
Tahniah! Moga kekal ke syurga
Moga bahagia dunia & akhirat
Mentua tak memilih calon menantu
Zarina pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada tahun 2015, namun bercera1 setahun selepas itu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis
Sumber : Zarina Anjouline
PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "Zarina Anjoulie Bertuah Dapat Mentua ‘Islamik’ Yang Tak Memilih – Netizen"