Identiti Makcik Wristband Merah Jambu Dikenalpasti, Siasatan Sedang Dijalankan

Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai melanggar arahan kuarantin apabila makan di restoran. Tindakan wanita yang masih memakai gelang pengesanan kuarantin C0vid-19 itu mengundang rasa bimbang orang ramai.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, identiti wanita terbabit sudah dikenalpasti namun siasatan masih dijalankan.

Kerajaan negeri tidak akan berdiam diri

Memetik laporan portal berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud memaklumkan, pihaknya menunggu pengesahan muktamad daripada JKNP mengenai maklumat kejadian sebelum ia dapat diumumkan.

Kerajaan negeri tidak akan berdiam diri memandangkan ia mempunyai kebarangkalian merebak (jika individu terbabit disahkan positif). Saya masih (perlu) menunggu pengesahan rasmi daripada pihak yang terbabit iaitu JKNP serta polis dan semestinya kita mahukan jawapan secepat mungkin (untuk tindakan susulan).

Saya tidak mahu mendahului sesiapa (JKNP) namun saya nasihatkan orang ramai yang merasakan pernah berkunjung ke medan selera yang dimaksudkan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjalani ujian cal1tan selain kuarantin diri sendiri sekiranya bergejala.

Pihaknya juga akan memanggil pihak berkaitan termasuk pemilik premis untuk melihat t1ndakan sewajarnya yang boleh diambil kepada mereka selepas maklumat terperinci disahkan.

 Setakat ini saya tidak mahu dedahkan maklumat sedia ada biarpun sebahagiannya sudah dikenal pasti bagi mengelakkan kegusaran masyarakat.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media operasi pemindahan gaj4h jantan l1ar di Kampung Jalong, Sungai Siput hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Identiti Makcik Wristband Merah Jambu Dikenalpasti, Siasatan Sedang Dijalankan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*