[VIDEO] Sayu Lambai Anak Bawa Jumpa Bekas Isteri, Lelaki Sebak Nampak ‘Papa Baru’

Jika sudah tidak sehaluan dalam hidup berumah tangga, maka perpisahan adalah jalan yang terbaik. Tapi kebajikan anak-anak janganlah diabaikan seperti kisah lelaki bernama Muhd Shafiq menerusi perkongsian di aplikasi TikTok sejak akhir-akhir ini.

Bapa tunggal anak dua tak kisah kalau tak laku..

Meskipun rumah tangganya musnah, namun dia amat bersyukur kerana masih berpeluang meluangkan masa dengan 2 permata hati comel yang sangat comel. Malah bapa tunggal ini turut berjanji untuk membesarkan anak-anak sebaik mungkin walaupun cuma seorang diri.

Papa bagi ibu kamu bawa kamu berdua keluar & kenal dengan ayah baru..

Menerusi entri video terbaru pula, bapa tunggal berkenaan menghantar dua anaknya untuk berjumpa bekas isteri di sebuah mall. Bagaimanapun terdetik rasa sayu di hati tatkala melambai kedua-dua anaknya. Difahamkan, wanita berkenaan telah meminta izin untuk membawa keluar dua anaknya untuk dikenalkan dengan ‘bapa baru’ mereka. Tidak berniat untuk menghalang, Shafiq sebaliknya menitipkan doa agar bekas isterinya bahagia bersama pilihan baru.

Semoga diberikan jodoh terbaik untuk menjaga awak & anak-anak..

Dikongsi sejak semalam, klip video tersebut berjaya merobek jiwa ramai netizen selain meraih lebih 100 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata mereka bersimpati dengan nasib bapa tunggal terbabit. Tidak terkecuali juga yang turut mendoakan agar lelaki ini tabah dalam membesarkan anak-anaknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : TikTok muhdshafiq792

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] Sayu Lambai Anak Bawa Jumpa Bekas Isteri, Lelaki Sebak Nampak ‘Papa Baru’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*