Walaupun Tak Banyak ‘Runner’ Grabfood Tetap Istiqomah Bayar Zakat Pendapatan Setiap Bulan

Zakat merupakan salah satu tuntutan dalam Islam. Jadi, dengan membayar zakat, kita bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam, malahan turut dapat meringankan beban saudara seagama.

Inspirasi buat semua

Oleh hal yang demikian, menerusi Facebook Zakat Pulau Pinang, pihak mereka telah berkongsi momen dimana seorang penghantar makanan bertindak membayar zakat pendapatan pada setiap bulan.

Bayar tak banyak setiap bulan

Menurut pengendali Facebook Zakat Pulau Pinang, lelaki tersebut akan datang ke Pejabat Zakat Pulau Pinang pada setiap bulan bagi membayar zakat pendapatan.

Walaupun jumlah tersebut tidak banyak, namun dia teta istiqomah melakukan bayaran .

Luaskanlah rezeki insan mulia ini

Sehubungan dengan perkongsian yang penuh inspirasi itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diatas kesungguhan lelaki tersebut dalam menjelaskan zakat pendapatan.

Mereka juga mendoakan agar rezeki penghantar makanan tersebut dimurahkan oleh Allah S.W.T kerana tidak lokek dalam membayar zakat pendapatan setiap bulan.

Orang yang hebat!

Tambahkanlah rezekinya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Zakat Pulau Pinang

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Walaupun Tak Banyak ‘Runner’ Grabfood Tetap Istiqomah Bayar Zakat Pendapatan Setiap Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*