Diberhentikan Sebab C0vid-19, Juruterbang Ini Pilih “Food Delivery” Demi Nak Sara Keluarga

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac lalu bagi membandung penularan wabak C0vid-19 yang mel4nda negara, ternyata memberikan 1mpak yang besar kepada setiap rakyat.

Ramai yang kehilangan sumber pendapatan, diberhentikan kerja dan peniaga juga ada yang terpaksa menutup perniagaan mereka kerana tidak dapat bertahan dalam situassi tersebut.

Seperti perkongsian oleh seoarang Juruterbang yang dikenali sebagai Tuan Anwar Ajid, apabila beliau terpaksa mengharungi nasib sama setelah dibuang daripada sayarikat penerbangan yang kehilangan pendapatan kerana tidak mampu untuk beroperasi.

Beliau yang sudah berpengalaman selama 10 tahun dalam dunia penerbangan dengan pendapatan yang selesa, kini terpaksa mencari nafkah menyara keluarga dengan menjadi seoarang ‘rider’ penghantar makanan.

Dahulunya, sejam penerbangan beliau boleh memperolehi pendapatan mencecah RM6XX sehari, tapi dengan tugas sekarang segalanya kini berbeza.  Setelah berhempas-pulas di bawah panas terik, gaji yang diperolehi hanya hanya sekitar RM50-70 sehari.

2020….tahun penuh Lelah..AW4S PANJANG!!!

Tiada siapa menduga krisis Covid-19 tahun ini benar benar memberikan impak maksimum.Semenjak bertukar kerjaya dari sektor kerajaan ke dunia penerbangan aku fikir inilah kerjaya yang akan memberi kebahagian kepada keluarga kecilku ; anaku Sofea berusia 8 tahun dan isteri yang setia disisi sepanjang 10 tahun yang lalu.

Namun takdir Allah penuh m1steri, setelah 10 tahun di dalam bidang penerbangan yang orang fikir penuh glamour..em..orang fikir..sedangkan bukan begitu akhirnya aku kehilangan pendapatan semenjak bulan 4 akibat syarikatku bekerja kehilangan pendapatan akibat pandemik.

Bukan aku seorang yang dibuang, ramai lagi

Setelah keadaan reda aku memikirkan untuk mencari pekerjaan yang sesuai untuk menjana pendapatan. Namun bukan senang nak dapat kerja…bukan aku sorang kena buang, ramai yang lain. Puas aku menghantar resume ke sana sini bak kata PM namun hampa …tak ada sapa nak ambik. Kecew4, sungguh kec3wa. Aku mana ada skill dalam bidang lain selain supir kapal terbang.

Ramai member lain menjana pendapatan dari saham dan forex tapi aku mampu tengok ajala. Duit yang ada pun hanya untuk membayar hutang selepas morotorium kelak. Nak belajar tentu learning curve sangat lama since bidang itu ris1ko tinggi.

Mula mohon jadi ‘e-hailing rider’

So apa cara nak dapat duit pantas? Puas fikir dan belek apa ada di tangan akhirya aku decide jadi supir di darat pula. Oh ye pandu apa?Setelah survey pilihan yang ade aku fikir kerjaya ini maybe boleh menghasilkan pendapatan yang ok buat sementara. Kerja apa tuan tuan?E-hailing rider.

Dalam aviation kelayakan untuk fly setiap pesawat di namakan type rating.Civil Aviation Authority Malaysia(CAAM) dah endorsed dalam lesen aku kapal boleh aku fly ade dua ATR72-600 dan B738NG. Bukan macam di darat ye sahabat semua. Kita nak pandu BWM,Merc or Proton belasah jek. Takda undang-undang nak lar4ng. Asal boleh memandu kira boleh dah tu.Eh apa kena type rating dengan Rider Ehailing. Sabar aku nak cerita la ni.

So aku pun apply la nak jadi rider e-hailing. Rupanya banyak sungguh company ehailing dekat Malaysia. Apply punya apply (bukan free tau…kene bayar nak jadi pekerja e-hailing ni) sedar tak sedar aku dah ade 4 type rating. Perh banyak siot. Apa beza setiap company ni?Meh aku cite kat bawah:

1.Lala Move: Register free but beg kene beli harga RM120.As rider tugas seharian adalah rebut job dalam apps disediakan. Susah g1la nak dapat job. Baru dengar jek notification job dah hilang kene remb4t. Apa maksudnya? Mean ramai gila rider. Semua ni maybe macam aku pilot yang kehilangan kerjaya or bidang lain yang kene buang. Oh ye tugas penghantaran dibayar ikut distance ‘goods’ yang dihantar. Range dari semurah RM4 hingga semahal RM40. Ikut la distance berapa jauh kita hantar.

Secara purata 1km dapat la RM0.80 sen.Korang rase berapa lama aku bertahan job ni?Dahla dekat Putrajaya(rumah aku) job takde… kene pergi ke USJ untuk dapat job. Dengan moto besar yang main clutch dan full riding gear memang cari nahas buat keje ehailing ni. Tiga jam jek main dalam bandar aku dah give up. Letih wei main clutch plus moto punya berat.

2.Dah Makan: Instead aku kene rebut job, job datang ke aku. Senang skit kan.Itu teori la. Rupanya aku kene pergi ke hub catering dia. Jauh la pulak. Ade di PJ n USJ. Coverage penghantaran makanan dari PJ anta ke Putrajaya. Sesuai for big bike cam aku pakai but upah sangat la ciput. Sudahnya upah dapat cukup bayar minyak moto jek.. Cancel.. takleh g la benda ni.

3.Food Panda: Wah ini sebiji cam airlines.Hahah…why? Sebab dalam airlines ade 3 eleman ni, a)OTP (On Time Performance)- Masa fly seboleh elakan delay. Tapi delay bukan sebab aku as Captain suka suka nak delay weh. Biasa disebabkan oleh cuaca or teknikal. Untuk food panda aku kene follow time app kasi masa anta makanan. So rahsia nak OTP yang cun? Sudah semesti main moto kecik. Jangan pakai moto besar wei. Moto kecik takyah pakai clutch, minyak jimat and nak menyelit senang.Mana plak aku nak cari moto kecik.. aduh

b)CheckIn-SOP for fly is..sebelum masuk dalam kokpit kena cx in kat komputer di ofis. Food Panda pulak aku kene cx in di kawasan ditetapkan. Aku main Putrajaya aja sebab nak cx in 10 minit dari rumah aja. But it quite amaze for me. App dan SOP yang disediakan oleh Food Panda agak sistematik. Dah cx in just tunggu kene assign job by system. Biasa dalam Putrajaya tugas aku anta Fast Food(Mcd,Kepci,Beger King) ke serata client di sini. Sebut client paham paham la kan perangai. Ada yang baik dan ada tak (dipandang jek aku ni cam kuli).. eh memang kuli pun wei. Aku bukan Captain dalam pesawat dah. Tak sedar diri aku ni. Haahahha.

c)Roster-Ini paling mengujakan aku. Sebiji airlines weh. Kami di airlines akan ade roster or jadual fly yang disediakan sebulan awal. Dalam roster ni kami akan tahu besok nak fly mana, berapa sector dan siapa FO ( First Officer) dan pramugari yang bertugas. In case demam ada dua option, satu MC satu lagi swap with other for off days. For Food Panda sama weh. Beza aku sorang jela rider. Mana ade First Officer dan pramugari ikut aku dah. Jika aku tak dapat bertugas aku kene offer swap to others riders. Mantap memang mantap system ni. Tak terfikir plak e-hailing ni sama macam airlines.

Dulu sejam terbang minimia RM6XX sehari, kini RM50 sehari

So ini lah tugas aku ketika ini. GIG or hustle job orang kata. But..ada tapi. Dulu sejam aku fly leh dapat minima RM6xx sehari, but now dah terbalik sehari max keje bagai nak rak (dengan panas lengit, hujan, kena marah customer, hitam terbakar muka dan tangan) boleh dapat RM50 to RM70 aja. Cukup ke nak bayar expenses aku? Memang tak cukup …but inilah rezeki Allah kasi for family aku buat masa sekarang. Kesian sangat kat anak aku umur 8 tahun ni. So small tapi dah terpaksa lalui kesusahan ni. Maafkan papa ye nak. I try to max to find suitable job for our family to be like before.

Disebabkan itu maka aku n wife decide untuk jadi ejen jual Kambing Perap dan juga steak yang dibawa masuk dari New Zealand. Raya Haji tak lama dah sahabat semua. Apa lagi boleh la order dua jenis daging ni kat aku. Support dari korang maybe akan ubah nasib aku kelak dalam biz ni. Mana tahu kan ..rezeki semua dari Allah. Sekarang ade promo for kambing perap tau.. cepat cepat order. Steak plak… pew…. kalau sapa pernah makan kat kedai steak mesti tau harga yahudi kan. Ni aku offer harga melayu…haha.

Okay lah panjang gila coretan aku..ada ke orang baca… kalau ada tu aku ucap thanks..ni FBlog aku nampakya. Aku start menulis supaya ini akan jadi rekod digital apa aku lalui 2020 ni.

Ok gaiss…sapa nak order Kambing Perap or Steak boleh tengok komen dan juga gamba aku upload… till then safe ride..ahah.. dulu safe flight.. adios.

kept K.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Anwar Ajid

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Diberhentikan Sebab C0vid-19, Juruterbang Ini Pilih “Food Delivery” Demi Nak Sara Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*