Kerajaan Mohon Arab Saudi Benarkan 3 Rakyat Malaysia Tunai Haji – Zulkifli

Kerajaan memohon kepada Arab Saudi agar membenarkan tiga rakyat Malaysia yang berada di negara itu menjadi antara 1,000 jemaah terpilih bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya tiga individu terbabit adalah kakitangan Lembaga Tabung Haji yang membuat pelaporan dan tugasan di Arab Saudi berkaitan pelaksanaan ibadah haji ketika penularan COVID-19.

“Kita dimaklumkan bahawa 1,000 jemaah itu terdiri daripada pelbagai warganegara yang berada di Arab Saudi. 
“(Tindakan mengehadkan jemaah haji) adalah untuk menegakkan syiar Islam dengan tetap mengadakan ibadah haji tahun ini tapi dalam prosedur operasi standard (SOP) yang benar-benar ketat,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada sebuah keluarga asnaf di Jalan Kapar, di sini hari ini.

Difahamkan surat permohonan itu telah diserahkan kepada Arab Saudi minggu lepas.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dilapor mengehadkan jumlah jemaah haji tahun ini kepada hanya 1,000 orang dengan pelaksanaan SOP yang ket4t bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Media melaporkan, ibadah haji yang biasanya disertai lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia, tahun ini dilaksanakan dalam suasana protokol kebersihan yang ketat dengan akses terhad kepada jemaah berusia bawah 65 tahun serta tanpa penyakit kr0nik.

Terdahulu, Zulkifli turut melancarkan program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli: Is’ad Al Usrah, bertujuan membantu golongan asnaf dan penerima zakat bagi pembinaan rumah dengan peruntukan RM10,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kerajaan Mohon Arab Saudi Benarkan 3 Rakyat Malaysia Tunai Haji – Zulkifli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*