Mulianya Hati Cikgu. Sedekah Makanan Bagi Pelajar Yang Kurang Berkemampuan

Tidak sampai hati melihat pelajar yang kurang berkemampuan kelaparan, seorang guru Maisarah Hannan mengambil inisiatif bagi menyediakan makanan percuma untuk mereka.

Sering mendapat liputan media, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent St Cecilia di Sandakan itu masih melakukan amal jariah tersebut sejak Mac 2018 dengan bantuan rakan guru lain yang turut menyumbang.

Terbaru, guru berusia 33 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar memaparkan aksi pelajar yang sedang menikmati nasi lemak percuma selepas kembali ke sekolah.

“Kami kembali setelah bercuti lama. Terima kasih penyumbang sebab buat mereka gembira. Moga kalian sentiasa dalam rahmatNya. Tiada murid yang harus berlapar,” katanya.

Posting tersebut mendapat 1,300 tanda suka dan ratusan perkongsian selain komen warganet yang mengucapkan syukur atas sifat prihatin para guru di sekolah berkenaan.

Terbaik usaha semua pihak!

Moga murah rezeki & dipermudahkan urusan

Alhamdulillah! Takde la pelajar yang sanggup tahan lapar masa waktu rehat. Mulia hati orang si menderma tu. Semoga Allah membalas dengan setimpal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Maisarah Hannan , Harian Metro (Redzuan Muharam)

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Mulianya Hati Cikgu. Sedekah Makanan Bagi Pelajar Yang Kurang Berkemampuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*