Pavithra Mahu Berehat Sementara, Tolak Sertai Sebarang Program

Cyberjaya – S Puvithra yang popular menerusi aksi memasak di saluran perkongsian video YouTube mengambil keputusan untuk berehat buat sementara waktu.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan dirinya memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi.

Sehubungan itu, dia tidak akan meneruskan sebarang penglibatan aktiviti atau program dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu ini.

Perkara itu dinyatakan oleh salah seorang ahli keluarga terdekat Pavithra, yang meminta media agar memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan konfl1k peribadi yang dihadapi.

“Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang,” katanya.

Kenyataan itu susulan laporan berita mengenai tahanan reman yang dikenakan ke atas tindakan gan4s suaminya kerana memiliki senj4ta berb4haya dalam kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Isnin.

Pasangan tersebut dikatakan bergaduh di parkir HRPB selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Perselisihan berlanjutan sehingga suspek datang semula ke hospital dalam keadaan mar4h dan memvkul isterinya

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang Selasa, suspek dikatakan dalam keadaan mabvk telah membawa senj4ta sabit ke hospital untuk mencari adik iparnya sebelum ditahan reman selama tiga hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga.

S. Pavithra sebelum ini diangkat menjadi Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020.

Pengiktirafan tersebut diberikan khas oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada tahun depan.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, jika diikutkan pengiktirafan tersebut akan diberikan pada sambutan majlis pada tahun ini tetapi disebabkan penularan Covid-19, maka semua ikon akan diraikan pada tahun hadapan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: suara.tv

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Pavithra Mahu Berehat Sementara, Tolak Sertai Sebarang Program"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*