Tunai Janji, Achey Selesaikan Hutang Kerja Arw4h Abam Yang Tertangguh

Pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey pada Februari lalu sememangnya memberi kesan yang begitu mendalam buat sahabat-sahabatnya iaitu Achey dan Fad Bocey.

Justeru itu, mereka berpakat untuk menyelesaikan segala hutang kerja arw4h dengan melakukannya secara percuma serta segala bayaran dihulurkan kepada keluarga Allahyarham terutamanya buat balu dan anak arw4h.

Buat review bagi pihak arw4h

Menerusi Berita Harian, Achey dan Fad telah berusaha menyelesaikan kerja yang ditinggalkan Abam dan kedua-dua pekerjaan tersebut mendapat maklum balas yang baik.

“Ada dua ‘review’ menerusi laman Instagram yang dilakukan bagi pihak arw4h. Ia membabitkan produk kurus yang kurang sesuai untuk saya, memandangkan saya sememangnya kurus. Jadi, saya lakukannya bersama isteri. Alhamdulillah, tontonan agak tinggi.

“Satu lagi membabit produk minuman dan saya dapat maklum balas yang baik hingga peniaga terpaksa menyuruh saya memadamkan entri kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

“Saya rasa puas dapat membantu dan memberi impak pada peniaga.”

Sama2 bangunkan nama Bocey

Menyentuh perihal Bocey pula, Achey turut menyatakan menerusi sumber bahawa dia dan Fad ada membangunkan akaun YouTube dengan merangka idea baharu dan tetap membawa nama Bocey dalam mengembangkan lagi jenama kumpulan tersebut.

“Fad sedang membangunkan saluran YouTube. Dalam masa sama, kami merangka perjalanan dan pengisian dalam saluran berkenaan. Menerusi program yang dirancang, ada bahagian untuk arwah dan disalurkan buat keluarganya.”

“Insya-Allah, ada penyokong atau tidak, kami akan meneruskan perjuangan Bocey.”

Dalam pada itu juga, Achey  memaklumkan sering menjengah pusara Abam dan tidak lupa bertanya khabar anak kepada arw4h yang kini dijaga b4lu Abam.

Dia turut  kerap menanyakan perihal keluarga sahabatnya itu menerusi adik arw4h iaitu Ali Puteh yang sama-sama merasai keper1tan kehilangan insan tersayang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tunai Janji, Achey Selesaikan Hutang Kerja Arw4h Abam Yang Tertangguh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*