Ziarah Aidiladha Masih Dibenarkan Setakat Ini – Ismail Sabri

Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berkaitan langkah mengehadkan aktiviti ziarah dan jumlah tetamu bagi sambutan Aidiladha pada hujung bulan setakat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, bagaimanapun ia berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak.

“Ia berubah mengikut masa dan situasi. Setakat hari ini, belum lagi. Kalau hari biasa boleh berkunjung ke rumah, Raya Haji pun kita tidak menetapkan untuk menyekat.
“Bagaimanapun, kalau dinasihatkan KKM sekiranya peningkatan kes Covid-19 mendadak, kita akan ubah Prosedur operasi standard (SOP) dan polisi,” katanya menjawab soalan wartawan pada sidang media hari ini.

Terdahulu menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman, umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini.

Tonton minit ke 23:29

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Youtube

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ziarah Aidiladha Masih Dibenarkan Setakat Ini – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*