Nak Jadi Orang Biasa, Sugu Pavithra Enggan Terima Sebarang Anugerah

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kes pasangan YouTuber masakan popular, M. Sugu yang did4kwa menceder4kan isterinya, S. Pavithra ternyata mengejvtkan ramai pihak dan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, hari ini Pavithra dilaporkan telah menarik balik laporan polis tersebut serta mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Susulan kejadian yang berlaku, pasangan itu mengambil keputusan untuk men0lak pengiktirafan menjadi Ikon Bandaraya Ipoh yang diumumkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Isnin lalu dan enggan menerima sebarang anugerah selepas ini.

“Kami baru jadi youtubers dan kami tidaklah hebat sangat dan kami memang tak layak untuk jadi ikon Perak dan apa-apa lagi.

“Ada lagi yang ramai di luar sana, jangan pilih kami sebab ramai rakyat yang salah faham dan benda ini membuatkan orang ramai sakit hati,” katanya.

Pavithra berkata, mereka tidak mahu dikenali ramai dan mahu fokus pada program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ selepas ini.

“Selepas ini kami tidak mahu jadi orang dikenali ramai. Semua itu kami tak nak. Kami orang biasa saja, jadi biarkan kami hidup seperti biasa. Kami tak layak dapat gelaran ikon sebab ramai orang yang berbakat ada di luar sana.

“Kami jaga youtube, nak fokus youtube saja, kami orang biasa jadi pangkat memang kami tidak mahu,” katanya.

Terdahulu, suami pasangan YouTuber sensas1 itu naik ber4ng hingga menceder4kan isterinya adalah rasa tidak berpuas hati apabila nama tidak tercalon untuk menerima anugerah ikon.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Nak Jadi Orang Biasa, Sugu Pavithra Enggan Terima Sebarang Anugerah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*