“Saya Dah Maafkan Suami..” – Pavithra Sebak Lepas Bayar RM10K Jaminkan Sugu

Beberapa hari lepas, Malaysia telah dikejutkan dengan k0nflik yang melanda rumah tangga antara Sugu dan Pavithra. Gara-gara berpunca apabila namanya tak disebut ketika menerima anugerah penghargaan baru-baru ini, suami kepada YouTuber masakan terkenal berkenaan telah terg4mak menceder4kan isterinya. Difahamkan pergadvhan itu berlarutan hingga hari kejadian di mana lelaki itu pergi ke sebuah pusat perubatan di Ipoh untuk mencari adik isterinya.

Kredit foto: Harian Metro

Semua yang terjadi berkaitan masalah keluarga…saya dah maafkan suami

Memetik update terbaru portal Sinar Harian, S Pavithra hanya menyatakan ucapan ringkas, “Saya dah maafkan suami” apabila disoal berhubung masalah perkahwinan mereka tempoh hari. Wanita berusia 28 tahun itu malah terangkan bahawa dia sudah tidak mahu memikirkan lagi tentang insiden yang telah berlaku, sebaliknya cuma ingin fokus terhadap kehidupan mereka sekeluarga. Selain itu, dia turut memaklumkan bakal meneruskan kembali program masakan di YouTube selepas semuanya selesai.

Bayar ikat jamin suami RM10 ribu…harap tiada pihak salah faham & beri sokongan kepada keluarganya

Dalam perkembangan lain, YouTuber terbabit telah menjelaskan jumlah bayaran RM10 ribu untuk mengikat jamin suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, siang tadi. Sebelum ini, lelaki berusia 29 tahun tersebut mengaku tidak bersalah atas pertudvhan membawa sebilah sabit di lokasi awam. Dalam nada hiba, Pavithra juga memohon orang ramai supaya teruskan memberi sokongan kepada keluarganya serta program masakan mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Saya Dah Maafkan Suami..” – Pavithra Sebak Lepas Bayar RM10K Jaminkan Sugu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*