[VIDEO] “Dia Punya Tarik Lagu Tu…” – Adik Ini Menyanyi Dengan Penuh Perasaan Buat Ramai Geli Hati

Anugerah Tuhan, ada sesetengah orang sememangnya dilahirkan dengan suara yang cukup merdu dan enak didengar ketika menyanyi. Biasalah, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Di mana kekurangan itu masih boleh diperbaiki dengan membuat latihan dan sebagainya.

Sama seperti adik yang videonya sedang menyanyi ini. Video adik ini menyanyi telah meraih perhatian ramai dengan mimik mukanya yang penuh perasaan. Menerusi video tersebut juga kelihatan seorang lelaki di belakang adik tersebut yang sedang khusyuk melayan perasaan menyanyi.

Biarpun begitu gelagat adik ini dengan mimik muka yang terlalu sedih seiring dengan lirik lagu yang dinyanyikan itu membuatkan warganet terhibur. Manakan tidak, dari raut wajah yang sedih kemudian bertukar pula kepada tersenyum, mana satu emosi yang cuba disampaikannya sebenarnya ini?

Berikut adalah video adik ini menyanyi dengan penuh perasaan yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:

Amacam? Boleh kacau emosi menonton gelagat adik ini menyanyi. Apa-apa pun video tersebut telah meraih lebih 72 ribu tontonan dan 5,200 retweets serta lebih 5 ribu likes.

Rata-rata warganet ada yang terhibur dengan gelagat adik ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha muka kelakar tapi suara tu sumpah sedap”

“Kalau dengar je sangat menyayat hati tapi kalau lihat cukup menggelikan hati well done boy”

“Dia punya tarik lagu tu level Joker”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] “Dia Punya Tarik Lagu Tu…” – Adik Ini Menyanyi Dengan Penuh Perasaan Buat Ramai Geli Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*