[VIDEO] Lelaki Panjat Tingkap Hospital ‘Jaga’ Ibu Yang Dijangkiti C0VID-19 Buat Ramai Sebak

Tidak ingin berjauhan dengan ibunya, seorang pemuda Palestin sanggup memanjat tingkap hospital setiap hari dipercayai untuk melihat ibunya itu yang dimasukkan ke dalam wad setelah dijangk1ti C0vid-19.

Usaha pemuda yang dikenali sebagai Jihad Al-Suwaiti itu menyentuh hati ramai namun lebih menyedihkan apabila ibunya yang berusia 75 tahun itu disahkan telah mninggal dunia pada 16 Julai yang lalu, lapor Alaraby.

Menurut laporan Alaraby, Jihad memutuskan untuk selalu memantau keperluan ibunya, Rasma Salama, yang dipercayai dijangki1i C0vid-19 pada minggu lalu dan dia sama sekali tidak mninggalkan ibunya itu sehinggalah ibunya mninggal dunia.

“Jihad memanjat paip yang berada berdekatan dengan tingkap di bilik ibunya dan akan duduk selama berjam-jam di tepi tingkap tersebut untuk mengawasi ibunya,” kata seorang pegawai.

Jihad juga dipercayai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya kerana dia merupakan anak bongsu.

Gambar dan juga video yang memperlihatkan Jihad sedang setia duduk di tepi tingkap sehinggalah saat kemat1an ibunya telah tersebar di laman sosial sejak Khamis lalu dan membangkitkan kesedihan dalam kalangan warganet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Alaraby, Siakap keli

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] Lelaki Panjat Tingkap Hospital ‘Jaga’ Ibu Yang Dijangkiti C0VID-19 Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*