“Kaedah KKM Tangani Pandemik Selari Dengan Cara Ibnu Sina” – DG Hisham

Umum sedia maklum bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah kendalian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah merencana pelbagai langkah demi memastikan C0vid-19 dapat dibendung.

Hasil usaha semua pihak, penularan C0vid-19 sudah boleh dikatakan terkawal walaupun sejak kebelakangan ini jumlah kes positif kembali meningkat.

Namun, secara dasarnya, pihak KKM telah berjaya memastikan penularan ini tidak terus berlaku dengan cepat dan masih boleh dikawal andai semua pihak mengikut saranan yang dinyatakan.

Praktikkan langkah Ibnu Sina

Oleh itu, menerusi perkongsian yang dibuat Dr Noor Hisham di akaun rasmi Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa kaedah yang digunakan KKM adalah sama dengan dilakukan bapa perubatan dunia, Ibnu Sina.

Dalam pada itu juga, Dr Noor Hisham turut menyertakan satu video sedutan daripada sebuah filem yang dibuat merujuk kepada langkah yang sama dilakukan oleh Ibnu Sina dalam menangani pendemik.

Terima kasih Dr

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji langkah yang diambil oleh KKM dimana menjadikan Ibnu Sina sebagai rujukan dalam menghadapi pendemik m4ut ini.

Mereka juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sempat menitipkan doa agar C0vid-19 di Malaysia tidak mengalami gel0mbang kedua.

Sejak dari dulu dah dipraktikkan rupanya

Info yang menarik Dr!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Dr Noor Hisham AbdullahHalal Trip

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Kaedah KKM Tangani Pandemik Selari Dengan Cara Ibnu Sina” – DG Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*