“Saya bukan sesiapa… mestilah ada beza mekap RM50 dengan RM200” – Tak Puas Hati! MUA ‘Suka-Suka’ Tawar Harga Mekap Tak Masuk Akal, Slot Aidiladha Hampir Penuh

Niat murni gadis ini menawarkan perkhidmatan solekan pada harga tidak masuk akal ternyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan segelintir individu.

Menurut Nur Atiqah Awang, 23, dia yang mula mengusahakan khidmat itu pada Januari lalu menerima sambutan hangat dengan harga serendah RM50 sahaja.

Namun katanya, ada segelintir jurusolek lain menganggap tindakannya itu sebagai tidak wajar sehingga dia sendiri terpanggil untuk memberi penjelasan.

“Sebenarnya saya pelajar, baru habis belajar tahun lepas. Sementara tunggu dapat kerja, saya buat khidmat mekap.

“Kemudiannya konvokesyen turut ditangguhkan sebab Covid-19 sehingga ke tahun depan. Jadi saya boleh kumpul duit dulu.

“Saya memang minat mekap, dari umur 18 saya mekap sendiri. Belajar dengan tengok live MUA (make up artis) terkenal je, tak ada masuk mana-mana kelas,” ujarnya.

Antara hasil kerja Atiqah.

Mesra disapa Atiqah, dia yang menetap di Bachok, Kelantan mengakui harga RM50 yang ditawarkan tidak patut disamakan dengan taraf perkhidmatan jurusolek lain.

Malah katanya, dia enggan mengambil pusing apa yang diperkatakan orang dan mahu fokus mencari rezeki buat dirinya.

“Bagi saya tiada masalah, sebab kita ni ikut gred masing-masing. Saya letak harga ikut kemampuan sendiri. Saya bukan serius sangat, untuk suka-suka je.

Mestilah ada beza mekap RM50 dengan RM200.

NUR ATIQAH AWANG

“Tak kan saya nak letak harga mahal sedangkan mekap saya tak secantik MUA lain? Alhamdulillah ramai yang book, slot mekap untuk Hari Raya AidilAdha juga hampir penuh.

“Mula-mula tu terkejut juga bila ada yang pertikaikan harga murah yang saya letak. Saya rasa kenapa mereka perlu ambil tahu, saya bukan sesiapa. Tak sampai setahun pun.

Atiqah tawar solekan pada harga serendah RM50.

“Mestilah ada beza mekap RM50 dengan RM200. Customer pun bijak memilih. Mereka pun tak mahu mekap sanding dengan harga RM50 macam saya tawarkan,” ujarnya.

Menurut pelajar bidang Farmasi itu, dia mahu bekerja di hospital dan menjadikan bidang mekap sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.

Atiqah mula menjalankan perkhidmatan itu sejak Januari lalu.

Dalam masa sama, dia sempat menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang memberi sokongan terhadap dirinya.

Kisah Atiqah yang menawarkan harga mekap serendah RM50 itu mencur1 tumpuan setelah dia berkongsi mengenainya di Facebook, baru-baru ini.

Selain pelayar Facebook, ada jurusolek lain turut memberi sokongan buat gadis itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Saya bukan sesiapa… mestilah ada beza mekap RM50 dengan RM200” – Tak Puas Hati! MUA ‘Suka-Suka’ Tawar Harga Mekap Tak Masuk Akal, Slot Aidiladha Hampir Penuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*