Semat Pin Di Baju Suami, Foto PM Dan Isteri Dapat Pujian Netizen

Pagi tadi, menerusi perkongsian di Facebook rasmi Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau telah berkongsi satu gambar Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Gambar tersebut memperlihatkan Puan Sri Norainee sedang menyematkan pin Veteran ATM di pakaian Perdana Menteri berjaya mencuri perhatian warganet.

Puan Sri penaung tabung pahlawan

Menurut kapsyen daripada sumber, tabung pahlawan yang bakal dilancarkan pada Ogos nanti adalah bagi mengutip sumbangan dari syarikat korporat dan individu rakyat bagi mengisi tabung pahlawan yang akan diagih-agihkan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.

Dalam kempen tersebut, Puan Sri Norainee bertindak sebagai penaung dan pastinya pihak Kementerian Pertahanan mengucapkan terima kasih di atas sokongan  Puan Sri serta Perdana Menteri terhadap veteran ATM khususnya kempen tabung pahlawan itu.

Tahniah Abah!

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat di Facebook Menteri Pertahanan Malaysia telah menghadirkan ratusan komen daripada warganet.

Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih keatas Perdana Menteri disamping memdoakan agar perdana menteri dan isteri terus dilimpahi rahmat daripada Allah S.W.T

Terima kasih Puan Sri keraan terus menyokong

Insan2 istimewa buat rakyat Malaysia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Ismail Sabri Yaakob

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Semat Pin Di Baju Suami, Foto PM Dan Isteri Dapat Pujian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*