Tiada Lagi ‘Content’ Di Saluran YouTube, Sugu Pavithra Pad4m Semua Video Masakan?

Sejak beberapa hari lepas, kisah YouTuber terkenal, Sugu Pavithra telah hanga4t diperkatakan. Kes M.Sugu yang menceder4kan S.Pavithra itu tular dan mengejutkan banyak pihak.

Mana tidaknya, pasangan YouTuber ini sangat dikenali kerana menghasilkan video masakan yang menarik dalam bahasa Melayu sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia sendiri dan dianugerahkan pelbagai penghargaan.

Walau bagaimanapun, Pavithra telah bertindak memaafkan suaminya dan menarik balik kes polis itu. Pasangan tersebut juga turut memaklumkan bahawa tidak lagi mahu menerima apa-apa penghargaan dan ingin menjadi insan biasa sahaja.

Tiada sebarang video

Namun begitu, pada hari ini, akaun YouTube pasangan tersebut dilihat sudah tidak ada lagi sebarang video. Hal ini berkemungkinan mereka memadam content yang dihasilkan kerana semua video masakan mereka juga sudah tidak ada.

Akaun YouTube yang mempunyai 785 ribu pengikut ini pastinya menjadi tontonan warganet bagi mendapat resepi dan ingin mengetahui kisah kehidupan pasangan India yang terlihat bahagia.

Belum ada sebarang kenyataan

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pasangan tersebut berhubung video-video yang sudah tidak ada lagi di saluran YouTube mereka.

Terdahulu, M. Sugu telah ditah4n dan direm4n atas dakwaan menceder4kan isterinya S.Pavithra. Dia yang did4kwa berada dalam keadaan mabvk telah bergadvh sehingga perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Namun, keesokkan selepas dit4han, isterinya telah menarik balik laporan yang dibuat dan menjamin suaminya sebanyak RM10,000 serta turut memaafkan kelakukan tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Sugu Pavithra

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tiada Lagi ‘Content’ Di Saluran YouTube, Sugu Pavithra Pad4m Semua Video Masakan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*