Alya Iman Akui Pernah Bertunang Dengan Suami Orang

Hangat diperkatakan mengenai pelakon baru yang juga anak pelakon, Allahyarham Azmil Mustapha iaitu Alya Iman apabila seorang wanita mend4kwa gadis berusia 19 tahun itu dikatakan menjalin hubungan dengan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Tampil menjelaskan kontr0versi itu, Alya mengakui dia pernah bertunang dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Februari lalu namun putus sebulan kemudian apabila hubungan mereka tidak direstui isteri pertama.

“Benar, pada jam 8 malam, tarikh 27 Februari lalu, saya sudah bertunang dengan seorang individu berusia 30 tahun yang statusnya berkahwin serta mempunyai dua anak.

“Majlis pertunangan secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat saya. Apapun, sebelum itu (bertunang) saya difahamkan bahawa isterinya sudah bersetuju dengan kehadiran saya untuk jadi isteri kedua.

“Bagaimanapun, pada Mac lalu saya akhirnya memvtuskan pertunangan kami apabila mengetahui kewujudan saya tidak diketahui dan dipersetujui oleh isterinya,” katanya.

Menurut Alya lagi, segala hadiah yang berikan oleh bekas tunangnya itu sudah pun dipulangkan semula  dan reda apabila hubungannya tidak bertahan lama dengan lelaki itu serta memohon maaf kepada pihak yang sudah terlvka.

“Segala hadiah yang diberikannya kepada saya pun, sudah di pulangkan kerana  saya rasa bersalah. Saya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

“Saya mohon doa, sokongan dan dokongan daripada semua pihak supaya perkara ini dapat saya tempuhi dengan baik. Sesungguhnya, saya percaya apa yang berlaku sangat mematangkan diri ini. Justeru, saya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.

“Pada waktu ini, saya mahu meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik lagi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Alya Iman Akui Pernah Bertunang Dengan Suami Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*