Kerajaan Akan Laksana Semula PKP Jika Kes Cecah 3 Angka

Jika anda tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dilaksanakan, adalah lebih baik kita sama-sama menjaga penjarakan sosial di samping penggunaan pelitup muka.

Ini kerana, kerajaan tidak akan teragak-agak melaksanakan kembali PKP sekiranya kes meningkat atau mencecah tiga angka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.

“Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri”

“Kita lupa apabila kita melangg4r prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat. Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok,” katanya yang dipetik melalui Harian Metro.

Kebimbangan tersebut jelas terasa lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sambutan Aidiladha, menurut beliau.

“Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keuarga terdekat supaya mengikut SOP”

“Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,” katanya.

Sehingga kini, kegiatan rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kerajaan Akan Laksana Semula PKP Jika Kes Cecah 3 Angka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*