Sugu Pavithra Mahu Bersara Dan Enggan Ada Kaitan Dengan YouTube Lagi?

Selepas menimbulkan tanda tanya ramai berikutan kesemua video yang dip4dam, pasangan Youtuber masakan popular Sugu Pavithra tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka enggan mempunyai kaitan lagi dengan YouTube selain sebarang perkara yang dapat meraih perhatian umum sebaliknya ingin menjadi kehidupan biasa.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.
“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” kata M Sugu.

Malah ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, lelaki berusia 29 tahun itu berkata dia dan isterinya belum memikirkan perkara tersebut.

Selain itu, Ibu Sugu, G Rajeswari mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.

“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.
“Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui di Ladang Elphil di sini.

Terdahulu, pasangan tersebut mula menjadi perhatian ramai ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga meraih 785,000 pengikut di saluran berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Sinar Harian (Noor Ainon Mohamed)

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Sugu Pavithra Mahu Bersara Dan Enggan Ada Kaitan Dengan YouTube Lagi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*