“Dalam Situasi Sekarang, Sesiapa Pun Akan Pilih Duit..” – Beri Respon ‘Padu’, Azza Elite Bersuara Isu Viral ‘Gold Digger Test’

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video experimen sosial mengenai seorang gadis yang ditawarkan sejumlah wang untuk meninggalkan kekasihnya.

Video tersebut nyata mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah penyanyi dan pelakon, Azza Elite.

Menurut Azza, pada waktu getir ini, sesiapa sahaja akan memilih duit melainkan mereka mempunyai alternatif lain.


“Anyone would choose money in this current situation unless you’ve your own business and rich.

“This gold digger prank shit is so dumb,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Azza menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut pelakon Syurga Untukmu itu lagi, meskipun ia hanyalah sebuah video prank tetapi janganlah sampai mengan1aya orang lain.

“Cheap content! Nak test women yang jobless pakai name gold digger.

“Even if it’s a prank, still teraniaya perempuan! No matter what please respect women,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Azza yang kini juga bergelar usahawan itu.

Azza kini sedang sibuk mempromosikan drama Syurga Untukmu yang kini ditayangkan di slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.

Sumber: Instagram Azza Elite

Be the first to comment on "“Dalam Situasi Sekarang, Sesiapa Pun Akan Pilih Duit..” – Beri Respon ‘Padu’, Azza Elite Bersuara Isu Viral ‘Gold Digger Test’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*