Debaran Terasa, Ketetapan Rentas Negeri Untuk Raya Haji Diumumkan Hari Ini

Kerajaan bakal mengumumkan  keputusan dan ketetapan mengenai aktiviti rentas negeri sempena menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ini (Isnin), menurut laporan Astro Awani semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, keputusan itu akan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Kesian kepada rakyat berjauhan dengan keluarga…”

Sudah tentunya, ramai yang tidak menafikan terdapat kemungkinan bahawa rentas negeri untuk sambutan Aidiladha tidak dibenarkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 kembali mencecah dua angka.

Namun, semua orang dilihat mendoakan yang baik-baik sahaja dan dapat bertemu dengan keluarga untuk meraikan hari Raya Haji bersama-sama.

“Jaga jarak walau apa pun keadaan…”

“Kesiannya mana yang dah plan nak balik kampung…”

Ramai juga yang tak sempat nak balik raya haritu…

“7 bulan dah tak balik kampung woi…”

Tolonglah semua ikut segala SOP

Buat masa ini, aktiviti rentas negeri masih dibenarkan, manakala syarat memakai pelitup muka di khalayak awam hanya diwajibkan pada 1 Ogos ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Penang KiniAstro Awani.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Debaran Terasa, Ketetapan Rentas Negeri Untuk Raya Haji Diumumkan Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*