“Dia menangis salahkan diri sendiri..” – Dah 24 Kali Buat Kemoterapi, Calon SPM Diberitahu Kanker Sudah Tahap 4 Selepas 3 Hari Kembali Ke Sekolah

Hati mana yang tak sedih tatkala melihat adik sendiri yang baru berusia 17 tahun kini menderita kanser limfoma tahap empat.

Begitulah luahan rasa Rabiyatul Hidayah Muhammad Razi, 22, mengenai der1ta adik perempuannya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Fatin Ielyqa sebagaimana dikongsikan menerusi Twitter.

Mesra disapa Rabiyatul, pelajar bidang Kejururawatan itu mendedahkan adiknya mula mengh1dap kanker tahap dua sewaktu berusia 13 tahun.

“Sebenarnya dah 24 kali kemoterapi sehinggalah adik buat pembed4han transplant pada Februari lalu. Kami fikir adik dah OK.

“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia sempat pergi sekolah tiga hari sebelum mula demam panas. Selepas dibawa ke hospital dan buat pemeriksaan, kami dimaklumkan kanker dia dah masuk tahap empat.

“Hari Khamis lepas dia buat kemoterapi ke-25 dan sekarang ada di rumah, hari Rabu nanti akan masuk wad semula di Hospital Ampang, Selangor,” ujarnnya.

Menurut Rabiyatul, Fatin merupakan seorang gadis yang periang dan sangat rajin biarpun sudah lama mengh1dap penyakit itu.

Fatin kini mengh1dap kanker limf0ma tahap empat.

Malah, jauh di sudut hatinya, dia berasa cukup sedih apabila mengenangkan der1ta yang terpaksa dilalui anak keenam dari tujuh beradik itu.

“Fatin ni suka menanam. Ada pokok serai, bawang dan sebagainya. Memang hobi dia. Dia juga seorang yang periang.

“Walaupun sakit, dia suka tolong memasak. Memang terasa tengok dia sakit, sebab dah membesar sama-sama selama ni.

“Tapi kadang-kala dia boleh jadi sensitif. Masa mula-mula tahu kanker datang balik, dia menangis salahkan diri sendiri, cakap dia susahkan orang.

Tak sangka ramai rupanya yang ambil berat mengenai adik saya.

RABIYATUL HIDAYAH

“Masa mula-mula tahu kanser dah tahap empat, saya memang nak menangis, tapi saya tahan… takkanlah nak menangis depan dia yang tengah menangis. Saya senyap dulu,” imbas Rabiyatul lagi.

Bercerita mengenai keluarga, Rabiyatul mendedahkan dia bersama ibu dan adiknya itu kini menetap di Sungai Buloh sejak Disember lalu di kediaman kakaknya.

“Kami dulu duduk di Muadzam Shah, Pahang. Tapi berpindah ke Sungai Buloh menyewa bersama kakak sebab senang, treatment Fatin di Ampang.

“Dulu ulang alik naik bas atau kereta sewa. Dan lepas pencera1an (mak) kami tak ada ketua keluarga, jadi buat keputusan duduk dengan kakak.

Rabiyatul mengakui sedih mengenangkan kesak1tan yang dihadapi adiknya.

“Kakak kerja, jadi makan minum terjaga, transport pun ada kakak sediakan.Sekarang ibu saya ibu tunggal, dia sebelum ni tukang jahit.

“Tapi sejak pindah ni memang dah kurang menjahit. Kalau dulu, Fatin pun selalu tolong mak sembat baju,” ujarnya lagi.

Malah kata Rabiyatul, dia menerima dengan hati terbuka seandainya ada individu prihatin di luar sana yang mahu meringankan beban kos perubatan adiknya.

Fatin bersama ahli keluarganya.

Malah, ‘crowd fund’ yang dibuat di Twitter turut membuahkan hasil apabila ada pihak menghulurkan sumbangan buat Fatin.

“Saya sangat bersyukur, tak sangka ramai rupanya yang ambil berat mengenai adik saya. Saya tak terfikir pun nak buat macam ni (crowd fund) tapi ada orang bagi cadangan.

“Sebenarnya segan nak susahkan orang. Tapi kami alami kesukaran dari segi kewangan. Memang terkejvt bila ada orang sudi tolong. Saya doakan mereka semua dipermudahkan urusan, terima kasih sangat-sangat,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Dia menangis salahkan diri sendiri..” – Dah 24 Kali Buat Kemoterapi, Calon SPM Diberitahu Kanker Sudah Tahap 4 Selepas 3 Hari Kembali Ke Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*